Tuan Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB bersama-samab 7 orang pensyarah serta 30 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah mengadakan lawatan industri baru-baru ini ke beberapa syarikat di bawah naungan seorang alumni Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) JKM PTSB En. Mohd. Syukur bin Azizan bersama rakan kongsinya En.Mohd. Anuar bin Yusoff.

Empayar Plastik Maju Sdn.Bhd merupakan sebuah kilang pengeluaran botol plastik yang menggunakan teknologi acuan tiupan yang terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas. Pelajar dideahkan dengan proses acuan tiupan dan dapat melihat dengan lebih jelas proses pembuatan plastik yang berlaku di industri.

Kemudian pelajar berpeluang melihat mesin-mesin yang dibekalkan oleh syarikat kedua iaitu SA Machinery yang merupakan sebuah syarikat yang telah menandatangi perjanjian bersama JKM PTSB. Terdapat pelbagai jenis mesin yang dibekalkan oleh syarikat ini kepada pengguna yang memerlukan terutama dalam industri penghasilan makanan seperti mesin membuat roti, wafel, mesin membuat aiskrim dan lain-lain lagi.

Seterusnya pelajar dan pensyarah di bawa ke sebuah lagi anak syarikat beliau iaitu MOHADA Enterprise yang merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk cokelat dan biskut yang boleh di dapati di seluruh Pulau Pinang dan beberapa premis di luar negeri seperti Langkawi dan Putrajaya.

Akhir sekali pelajar dan pensyarah berpeluang untuk melihat kedai Mek Da's jugak milik beliau yang menjual semua produk cokelat,biskut,kuih raya dan yang paling laris ialah bingsu.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd. Syukur bin Azizan bersama rakan kongsi beliau kerana sudi menerima kunjungan pihak JKM PTSB dan sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman bersama pelajar dan juga pensyarah. Diharap semoga perniagaan beliau akan lebih berjaya di masa akan datang.

#ThankYouForMakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#WeLovePOLYCC
#JomMasukPTSB