Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-9 2023 UPSI, Kejohanan ini berlangsung sepanjang 10-17 September 2023.
SIPMA adalah platform untuk mengilap bakat atlet murid dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara. Selain menjadi medan beradu tenaga, SIPMA juga adalah wadah untuk merapatkan hubungan antara atlet dan pegawai majlis-majlis sukan yang berbeza.

Seramai 5 atlet dan 1 pegawai daripada PTSB telah mewakili Majlis Sukan Politeknik (MSP) ke kejohanan ini yang terdiri daripada sukan Badminton, dan Bola Jaring.
Pemain pasukan badminton Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) berjaya memenangi pingat GANGSA bagi acara Beregu Wanita Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar Devadarshnee Kalaiselvan

Selamat kembali ke PTSB bagi semua atlet yang terlibat

#thankyouformakingptsbgreat
#tvetpilihanutamakerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jskkptsb
#Jommasukptsb