9 September 2023- Telah berlangsungnya Kursus Asas Psychological First Aid, Briefing And Debriefing yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah(PTSB). Seramai 86 peserta yang terdiri daripada pelajar telah terlibat dalam kursus ini. Tujuan utama program ini dilakukan supaya dapat meningkatkan kefahaman kepada peserta mengenai konsep insiden kritikal, krisis, trauma serta kesan psikologi kepada individu/ mangsa krisis. Oleh itu, Kursus Asas Psychological First Aid; Briefing And Debriefing perlu dilakukan supaya peserta mampu mengenal pasti tindakan dan bantuan awal psikologi (PFA) yang boleh dilakukan ketika membantu mangsa yang berhadapan dengan krisis dan trauma.

Hal ini kerana, pada masa ini, kerap kali berlakunya masalah anxiety dan kemurungan dalam kalangan pelajar PTSB yang pernah mengalami trauma atau krisis. Oleh itu, Kursus Asas Psychological First Aid, Briefing And Debriefing ini berpotensi tinggi bagi melahirkan individu yang berkemahiran dalam menangani masalah dan malah dapat membantu para pelajar menangani masalah mereka.

Selain itu, peserta juga dapat mengenal pasti tindakan dan bantuan awal psikologi (PFA) yang boleh dilakukan ketika membantu mangsa yang berhadapan dengan krisis dan trauma.

Akhir sekali, peserta juga dapat mengaplikasi kemahiran asas dalam persediaan berhadapan dengan sebarang risiko krisis atau trauma.