Program Urban Survivor peringkat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) merupakan program yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dengan Kerjasama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dengan memfokuskan modul motivasi ketahanan mental dan fizikal peserta dengan menghadapi situasi sebenar di lapangan luar.
Program ini juga dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu adalah penting dalam usaha memenuhi keperluan dan kemahuan hidup. Malah program ini juga bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mementingkan ilmu pengetahuan dari segi semua aspek serta bagi memupuk nilai jati diri yang utuh bagi melahirkan pelajar yang mempunyai minat untuk belajar.
Justeru, bagi memenuhi kesemua objektif tersebut, pihak UPPK tidak lagi mengendalikannya dalam bentuk program motivasi sebaliknya mengambil pendekatan menterjemahkannya ke dalam bentuk ‘Urban Survival’. Terdapat lima (5) permasalahan (task) yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan pelajar di sekitar Bandar Baru Perda antaranya dengan tanpa sebarang wang dan telefon bimbit (diserahkan kepada urusetia) para peserta perlu mencari kerja dan bekerja untuk mendapatkan sumber kewangan bagi mendapatkan makan tengahari untuk semua ahli Kumpulan, menjual barangan hasil origami yang dibuat oleh peserta kepada orang ramai untuk mendapatkan sumber kewangan untuk makan tengahari, menemubual para pengemis atau orang kurang upaya (OKU) atau warga tua yang bergelandangan di bandar tersebut, membeli barangan seperti gula, garam, tepung, minyak dan pisang dengan hanya RM1 yang dibekalkan kepada setiap Kumpulan, membuat persembahan jalanan di hadapan orang awam di bandar tersebut untuk mendapatkan sumber kewangan untuk mendapatkan makanan.