16 Oktober 2023 - Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah beserta kehadiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah sebagai penceramah jemputan iaitu En. Mohd Azfar bin Johari, Penolong Pegawai Siasatan, SPRM Negeri Kedah. Turut hadir Tuan Wong Chiew Hoong, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Kedah.
Usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata. Ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya dalam kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.
PTSB amat mengalu-alukan program seumpama ini dilaksanakan secara berterusan agar mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini zero tolerance terhadap rasuah.
#MakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#jommasukptsb