Terengganu: Perasaan atlet Politeknik Malaysia, Nur Syazwani binti Rahim (PTSB) bercampur baur pada aksi final acara Petanque Beregu Wanita meskipun berjaya mengubah warna pingat di HESF UNISZA 2023, lewat petang tadi.
Nur Syazwani binti Rahim (PTSB) yang bergandingan bersama Afriena Shahmimie binti Abu Bakar (PKK) di pusat gelanggang pentanque Unisza terpaksa akur dengan kehebatan atlet UPSI, yang menewaskan mereka, 11-5 di pentas final.
Keputusan itu menyaksikan Nur Syazwani-Afriena pulang dengan perak manakala gangsa dimenangi oleh UMS
"Kalau mengikut prestasi saya, saya agak berpuashati namun disebalik itu ada juga rasa sebaliknya.
"Namun saya tidak berpuashati, kerana bagi saya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik daripada tadi namun kurang bernasib baik," katanya yang pertama kali digandingkan bersama Afriena.
"Alhamdulilah. kami berjaya memberikan sebutir pingat kepada pasukan Politeknik Malaysia.
Sumber: KJSKK PTSB
#ThankYouForMakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#tvetpilihanutamakerjaya
#jommasukptsb
#westandforpalestine