1 November 2023 - "Tidak kira apa jua agama kita, atas nama kemanusiaan yang cintakan keamanan pastinya hati akan diruntun rasa sebak apabila mendengar cerita-cerita berkaitan peperangan, kekejaman dan keganasan yang hangat dipaparkan. Bagaimanapun, kita sama sekali tidak boleh menerima tindakan didalangi Zionis Israel yang menjarah bumi Palestin untuk mendirikan penempatan mereka dengan menyingkirkan dan menafikan hak rakyat Palestin di atas tanah mereka sendiri." Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB

Lebih 2,700 warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang terdiri daripada staf dan pelajar memenuhi Dewan Mu'adzam Shah bagi menghadiri Himpunan Solidariti Warga PTSB Bersama Palestin. Himpunan ini bagi menzahirkan manifestasi keprihatinan warga PTSB terhadap isu keganasan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel Zionis di bumi Palestin.

Dalam pada itu, PTSB juga telah mengumpulkan sumbangan sebanyak RM14,687.00 melalui sumbangan staf, pelajar dan juga Tabung Jumaat Pusat Islam PTSB. Sumbangan terkumpul akan disalurkan melalui RESClub Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi.

PTSB juga amat bertuah kerana berpeluang untuk mendengar perkongsian berkaitan sejarah dan krisis Palestin yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Hafiz bin Badarulzaman, Ketua Unit Penyelidikan Shariah dan Undang-Undang Perniagaan Islam, Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

#MakingPTSBGreat
#WeStandForPalestine
#FreePalestine
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI