7 November 2023 - Seramai 85 orang pelajar sekolah rendah dari Daerah Kulim Kedah terpilih untuk mengikuti Kem Eksplorasi Sains dan Teknologi anjuran AT&S Malaysia dengan kerjasama Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang Sekolah Kebangsaan Selama, Sekolah Kebangsaan Labu Besar dan Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu.
Kem ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan memupuk keseronokan dan minat bidang TVET dalam kalangan generasi baharu khususnya pelajar sekolah rendah.
Pensyarah dan pelajar PTSB dilantik sebagai fasilitator untuk membimbing dalam pemasangan aksesori elektrik dan elektronik bagi kereta kawalan jauh serta kawalan drone.
Turut hadir ke kem ini adalah Cik Ruth Foo, Pengurus Hal Ehwal dan Komunikasi Korporat, Austria Technologie & Systemtechnik (AT&S) Malaysia Sdn Bhd, serta En. Mohd Zamre bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Akademik, PTSB.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb
#FreePalestine