Seramai 50 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang juga merupakan Pasukan Institusi Pertahanan Awam Politeknik Malaysia (PISPA) telah menjalani Latihan Bagi Persediaan Monsun Timur Laut.
Latihan ini bertujuan bagi menyelaraskan pelaksanaan latihan kepada pelajar PISPA yang juga merupakan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November 2023 hingga Mac 2024. Latihan ini juga bagi memastikan pelajar terlibat secara aktif dalam pasukan termasuk dari segi kehadiran latihan yang dilaksanakan.
Latihan yang diberikan ini juga bagi memastikan ASPA yang berada di daerah dapat mengekalkan kompetensi diri semasa bertugas dan dapat digerakkan secara teratur dan maksimum apabila berlaku bencana di lokasi masing-masing.
#makingptsbgreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb
#FreePalestine