Meraikan adik-adik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim Kedah yang juga merupakan sekolah angkat bagi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan SMK Air Merah 2023.
Majlis ini merupakan majlis pengiktirafan dan penghargaan kepada 98 orang pelajar yang telah memperolehi pencapaian terbaik dalam kategori masing-masing.
Hadir merasmikan majlis ini adalah Tn. Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB.

Turut hadir adalah En. Mazelan bin Shaaru, Pengetua SMK Air Merah serta Tuan Haji Ar. Muhammad Yusoff bin Haji Ali, Yang Dipertua PIBG SMK Air Merah.

Syabas kepada semua pelajar yang cemerlang dan tahniah kepada ibubapa dan guru-guru yang telah mendorong pelajar untuk terus mencapai kejayaan.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb
#freepalestine