21 November 2023 - Program sekolah angkat anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama pusat teknologi (MRTC), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti menarik melibatkan perkongsian ilmu dan teknologi dalam memperkasakan bidang TVET.

Program dimulakan dengan majlis perasmian oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSB iaitu En Azhar Bin Fikri di dalam majlis perhimpunan sekolah SMK Air Merah.
Seramai 34 orang pensyarah dan 30 orang siswa Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB sebagai fasilitator dan turut serta pegawai pengambilan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PTSB. Manakala seramai 153 orang pelajar sekolah menengah SMK Air Merah terlibat sebagai peserta dalam aktiviti yang dijalankan.

Terdapat aktiviti serta perkongsian menarik yang telah dilaksanakan, antaranya pemasangan line follower robot, Obstacle Robot with Arduino, pemasangan kabel elektrik (extention).
Pihak PTSB turut membuka reruai pameran promosi kenali Politeknik Malaysia termasuk pameran peralatan dan projek siswa PTSB kepada semua warga SMK Air Merah. Program ini telah mendapat sokongan yang amat baik daripada pentadbiran dan pengurusan SMK Air Merah yang dipimpin oleh Tuan Pengetua Mazelan Shaari.

Program yang berjalan dengan jayanya ini selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar SMK Air Merah yang mempunyai minat terhadap STEM.

Semoga program ini dapat menarik minat dan melahirkan generasi pakar dalam bidang teknologi, sekaligus memperkenalkan proses pembelajaran yang ada di PTSB.

#makingptsbgreat
#tvetpilihanutamakerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb
#Standwithpalestin🇵🇸