Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Tahun 2023.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Harriman bin Razman, Pengerusi JPI PTSB. Mesyuarat ini dihadiri oleh 7 org ahli daripada Industri serta ahli Pengurusan PTSB. Mesyuarat membincangkan perkembangan terkini PTSB serta bagaimana PTSB dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dengan sokongan industri.
Turut dibincangkan berkaitan peranan dan kerjasama industri yang meliputi aspek perkongsian kepakaran industri sebagai pensyarah pelawat, aktiviti penyelidikan secara bersama, sangkutan industri pensyarah, program pensijilan professional serta latihan industri pelajar.

Usai mesyuarat ahli JPI turut berpeluang untuk beriadah melalui aktiviti sukan Woodball di Laman Woodball PTSB.

#MakingPTSBGreat
#tvetpilihanutamakerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb