12 Disember 2023 - Invention Competition, Conference & Exhibition (ICCE) V.14 merupakan pertandingan projek akhir pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bagi sesi 1 2023/2024.
Sebanyak 124 projek serta 23 kertas penyelidikan telah dipertandingkan melalui ICCE V.14 anjuran Unit Pengkomersilan & Inovasi (UPIK) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Pecahan bilangan penyertaan mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori A: Business & Marketing - 27 penyertaan
Kategori B: Training/Teaching & Learning Kit - 15 penyertaan
Kategori C: Design - 18 penyertaan
Kategori D: Electric & Electronic - 41 penyertaan
Kategori E: Green Materials & Innovation - 24 penyertaan
Kategori F: Conference - 23 penyertaan.
Projek dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Sustainable Water Control For Smart Incubator Pleurotus Ostreatus oleh pelajar Lee Lip Hong, Seah Ciao Jie dan Danish Syafiq Hamizan bin Hashim di bawah penyeliaan pensyarah Puan Wan Nor Shela Ezwane bt Wan Jusoh telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Projek Inovasi Terbaik Keseluruhan bagi edisi ICCE kali ini.
PTSB mengucapkan syabas kepada semua pemenang serta tahniah juga buat semua peserta ICCE V.14. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua juri yang terlibat.
Majlis perasmian penutupan & penyampaian anugerah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB.
#makingptsbgreat
#tvetpilihanutamakerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb