Seramai 5 pegawai dan 36 pelajar semester akhir Sijil Teknologi Pembuatan dari Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang (KKKB) telah mengadakan lawatan penanda aras di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) baru-baru ini.

Rombongan diketuai oleh Pensyarah utama Pn. Hajjah Norlia binti Md Desa dan Ketua Program Teknologi Pembuatan, Puan Nurul Syarafina Binti Sholahuddin. Mereka telah dibawa untuk melawat kerja-kerja logam di Bengkel Foundri, lawatan ke Makmal Mechatronics Robotic Technology Centre (MRTC), makmal CNC, Bengkel Kimpalan, Bengkel Mesin, Makmal Robot dan Bengkel Projek.

Di samping itu, para pelajar juga turut diberi taklimat oleh pegawai JHEP PTSB tentang proses kemasukan ke politeknik bagi menyambung pelajaran di peringkat diploma.

#MakingPTSBGreat
#tvetpilihanutamakerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jomMasukPTSB