20 Disember 2023 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Mechatronics Robotic Technology Center (MRTC) berbesar hati kerana turut dijemput dan diberi peluang untuk mengadakan pameran sempena lawatan kerja YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi ke JPPKK.
Lebih menarik pameran yang ditonjolkan oleh MRTC PTSB bertemakan mekatronik dan robotik ini turut melibatkan kolaborasi bersama pihak industri iaitu Festo Malaysia.
Turut hadir adalah Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB serta wakil MRTC PTSB iaitu Pn. Normawar bt Ali dan Pn. Norshahidah bt Manaf. Manakala wakil daripada pihak Festo Malaysia ialah En. Kamaruzzaman bin Abdul Farid, Senior Technical Support Engineer.
#MakingPTSBGreat
#tvetpilihanutamakerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#jommasukptsb