Satu sesi perbincangan meja bulat kolaborasi strategik antara PTSB bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kulim telah diadakan di Bilik Persidangan PTSB. Wakil PERKESO yang hadir terdiri daripada Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Kulim dan juga Alor Setar yang diketuai oleh Puan Hasimah Ayob, Pengurus Perkhidmatan Pekerjaan Kulim. Turut serta dalam sesi perbincangan tersebut ialah Tuan Pengarah PTSB, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Pusat CISEC, Ketua Unit Latihan Industri, Penyelaras Kebolehpasaran Graduan dan PRO PTSB.
Antara perkara yang dibincangkan ialah Karnival Kerjaya, Pusat Satelit Temuduga dan program-program lain dalam salah satu usaha mengukuhkan Kolaborasi Strategik bersama bagi tahun 2024. Semoga usaha kolaborasi ini mendapat manfaat untuk kedua-dua pihak dan seterusnya kepada pelajar dan masyarakat.
#CISECPTSB
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange