Lawatan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Smart Green POLYCC dan OSH dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kedah ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bertujuan untuk bertukar pendapat khususnya bagi persediaan EKSA di PTSB, di samping amalan Smart Green POLYCC dan OSH.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pn. Efeza binti Che Apandey, Pengurus EKSA PSMZA. Perasmian telah disempurnakan oleh Ts. Mohyiddin bin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA bertempat di Bilik Seminar ULPL, PSMZA.
Setelah tamat lawatan, EKSA PTSB dijemput untuk menyertai aktiviti Plogging yang dianjurkan oleh Geng Plastik Ija (GPI) bertempat di Pantai Sura Hujung.
#MakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#EKSAPTSB