Lawatan YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke SMA Tarbiah Diniah (SMATD) bagi pelaksanaan Program Rumah Ibadat Hijau (RIH).
Program RIH adalah salah satu inisiatif Kementerian bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) untuk menjaga kepentingan kelestarian alam sekitar. Pasukan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Unit Pengurusan Teknologi Hijau (UPTH), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersama-sama dengan MGTC dan pihak SMATD telah menjalankan kerja-kerja audit awalan pada bulan Disember 2023.
PTSB turut dijemput sebagai pempamer berkaitan amalan hijau dan promosi politeknik yang dihadiri oleh pensyarah dan pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrik.
YB Menteri NRES juga telah membuat Penyerahan Sijil Rakan Kerja Strategik RIH kepada Tn Hj Mohd Ruzi bin Hamzah , Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah , Kulim dan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange