Program Penambahbaikan Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, Jom Pilih TVET telah berlangsung bertempat di Kolej Komuniti Kulim.

Program anjuran Persatuan Pembangunan Masyarakat Uyervom Malaysia ini telah disertai oleh 155 orang pelajar daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Taman Kenari, SMK Lunas, SMK St. Patrick, SMK Jalan Paya Besar dan SMK Tunku Panglima Besar.

Antara objektif utama adalah bertujuan untuk memberikan informasi terkini mengenai permohonan UPU Online UA/IPTA/Politeknik/ILKA serta memberikan pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) terutama di Politeknik dan Kolej Komuniti.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#MalaysiaMadani
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPTSB