Dua projek inovasi yang dihasilkan oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berjaya merangkul pingat Emas pada Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2024) - Thailand Inventors Day 2024, baru-baru ini.
Inovasi hebat yang dihasilkan sepasukan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, PTSB itu adalah Smart Filtro Agua dan Smart Aguatic Feeder.
Menurut ketua pasukannya, Noor Liza Ramli, Smart Filtro Agua adalah inovasi penapis air bagi penternakan ikan dan udang galah air tawar yang berkonsepkan hijau di mana span sintetik yang biasa digunakan untuk sistem penapisan telah digantikan dengan Natural Sponge. Selain itu penapis ini juga dilengkapi dengan Smart Monitoring System di mana terdapat alat pemantauan kualiti air yang ditapis dan dipantau melalui telefon pintar.
Manakala Smart Aguatic Feeder pula merupakan inovasi mesin pemberi makanan yang boleh dikawal secara manual dan dari jarak jauh dengan telefon pintar. Keistimewaan mesin ini adalah pemilik mesin boleh memantau alat jika dicerobohi walaupun berada di luar negara kerana pemilik akan menerima status notifikasi setiap perkara yang berlaku pada mesin tersebut.
Selain itu, 3 lagi projek yang lain telah dianugerahkan pingat Perak iaitu Smart Musaceae, Smart Waste Trap dan Palette Naturelle.
Perkara yang paling membanggakan apabila Smart Musaceace telah berjaya menarik tumpuan delegasi dari Vietnam dan telah mendapat anugerah khas dari Research Institute of Creative Education (RICE) manakala Palette Naturelle telah terpilih untuk dibentangkan di atas pentas untuk dinilai oleh juri jemputan khas, peserta dan pengunjung pertandingan.
Sambung Noor Liza, kemenangan yang diraih itu begitu bermakna kepada seluruh warga politeknik.
βIa menjadi bukti pensyarah PTSB mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam menghasilkan inovasi terkini setanding dengan pensyarah dari universiti dalam dan luar negara,β ujarnya.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange