Jutaan terima kasih ditujukan buat pihak HRDC iaitu Puan Puteri Simaa Megat Ismail, Assistant Vice President, Stakeholder Engagement Northern Region dan Puan Rafiza Abd Rafar, Associate Stakeholder Engagement Northern Region atas taklimat perkongsian dalam Bengkel Training Provider bersama Human Resource Development Corporation (HRDC) Northern Region Department anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Bengkel yang melibatkan peserta dari kalangan staf dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi (PPPT) PTSB ini bertujuan untuk memberikan panduan dan gambaran yang jelas mengenai tatacara dan kriteria yang perlu dipatuhi bagi melayakkan mereka memohon dan mendapatkan akreditasi sebagai Trainers dan Training Provider dengan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange