Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB telah mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Noor Azma bt Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSK).

Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara PTSB dan JBSK di samping memahami fungsi satu sama lain secara keseluruhan.

Diharapkan perbincangan dan perancangan melalui kunjungan ini dapat membuahkan hasil yang baik dan bermanfaat kepada kedua-dua pihak kelak.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange