Sekitar Taklimat Pelarasan Dokumen KPI 2024 oleh Puan Syajaratul Dur binti Ramli, Ketua Penyelaras Pengurusan Prestasi Pusat Kecemerlangan Institusi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang telah diadakan di Dewan Kuliah ULPL pada petang tadi.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan secara jelas dan terperinci kepada ketua penyelaras, penyelaras strategik dan penyelaras risiko dari jabatan, unit, serta pusat di PTSB yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan KPI masing-masing dapat mencapai target yang disasarkan sekaligus meningkatkan kecemerlangan prestasi PTSB lebih baik berbanding tahun lalu.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange