Semalam telah berlangsung ‘KITA FUN RUN 2024’ iaitu acara larian ria sejauh 5km anjuran Kulim Industrial Tenant Association (KITA) yang julung kali diadakan bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Larian yang disertai oleh lebih 300 peserta dalam kalangan komuniti setempat, staf dan pelajar PTSB ini secara tidak langsung membuka ruang untuk mempromosikan PTSB sebagai institusi yang aktif berkolaborasi dengan pemain industri terutamanya di sekitar Bandar Teknologi Tinggi Kulim.

Beberapa kaunter dibuka dan aktiviti turut berjalan serentak iaitu aktiviti derma darah, kaunter saringan kesihatan untuk ujian kecergasan dan stress, booth jualan dan banyak lagi.
Walaupun larian diadakan pada hujung minggu, beberapa staf dan pelajar PTSB tetap kelihatan bersemangat sewaktu bertugas sebagai jawatankuasa bagi memastikan acara ini berjalan dengan baik.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#PTSBKeArahGayaHidupSihat
#KITARUN2024