Bersempena dengan Program MyFuture Jobs Career Launchpad @ PTSB 2024, Unit Perhubungan Latihan dan Industri (UPLI) telah melaksanakan satu sesi Taklimat Pengenalan Latihan Industri (LI) kepada semua penuntut semester akhir seramai 216 orang bertempat di Dewan Mu'adzam Shah bermula jam 3:30 hingga 4:30 petang.

Para penuntut telah diberikan penerangan mengenai keperluan dan syarat-syarat untuk menjalani kursus LI, prosedur permohonan, syarat-syarat layak LI dan maklumat borang-borang yang perlu dilengkapkan.
Melalui taklimat ini, UPLI mengharapkan penuntut dapat mengetahui cara memilih dan memohon tempat LI yang betul serta mendapat gambaran dan bersedia lebih awal untuk menghadapi LI pada semester akan datang.

#LatihanIndustriPTSB
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange