Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menjalankan Kursus Asas dan Pengukuhan Pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) PTSB 2024 pada 16 dan 17 Februari 2024 di Kem Paya Pahlawan Jitra, Kedah.
Para peserta terdiri daripada jawatankuasa PRS lantikan baharu dan lama. Kursus ini bertujuan melatih jawatankuasa PRS supaya kompeten sebagai pemudah cara dalam membantu UPPsi menyantuni penuntut-penuntut PTSB khususnya individu yang memerlukan bimbingan moral sepanjang pembelajaran di kampus.

#MakingPTSBGreat
#CheckInPTSB
#PRSPTSB
#ThrivingThroughChange