Program Game On! Effective Communication for TVET Graduates telah berlangsung pada 22 Februari 2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), PTSB.

Dalam realiti sebenar pekerjaan, masih ramai yang masih mengalami kesukaran dalam melontarkan idea dan menjelaskan maklumat sesebuah produk atau fungsi sesuatu komponen mesin terutamanya dalam Bahasa Inggeris.
Oleh yang demikian, penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran komunikasi pelajar supaya mampu bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.

Turut hadir sewaktu program berlangsung ialah Puan Ruzlinda Mustaffa, Timbalan Ketua Unit Bahasa Inggeris.

En Ravinraj Karuppiah, penceramah jemputan merupakan seorang jurutera yang berpengalaman dalam industri telah berkongsi tentang kemahiran komunikasi teknikal dan visual, komunikasi dalam kumpulan dan juga teknik berinteraksi dengan pelanggan.

Semoga peserta program mengaplikasikan ilmu yang dikongsi dan menjadi graduan yang dinamik dalam berkomunikasi untuk beradaptasi apabila masuk ke dalam industri kelak.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#GameOn #KemahiranKomunikasi #TVETGraduates