BUKIT PINANG - 25 FEBRUARI 2024
Duli Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah selaku Komander Rejimen 513 Askar Wataniah telah berkenan mencemar duli merasmikan Perbarisan Pelancaran Latihan Rejimen 513 Askar Wataniah Tahun 2024 bertempat di Padang Kawad Rejimen 513 Askar Wataniah.

Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Majlis dimulakan dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dianggotai 30 anggota sukarela Rejimen 513 Askar Wataniah yang turut disertai oleh para pelajar Askar Wataniah PTSB. Kumpulan ini telah diselia oleh Sjn Abdul Latif bin Jalaluddin dan barisan jurulatih yang berkemahiran.

TTS merupakan satu seni bela diri yang sinonim dan dipraktikkan oleh angkatan tentera dengan tangan kosong sebagai penangkis serangan pihak musuh.

#Rejimen513AskarWataniah
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange