Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Kelab Kejuruteraan Awam (CIVEC) telah mengadakan Majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) Jabatan Kejuruteraan Awam Sesi 1 2023/2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Majlis ini diadakan untuk menyampaikan sijil Anugerah Ketua Jabatan kepada pelajar yang mencapai keputusan PNM melebihi 3.50 dalam Peperiksaan Akhir Semester Sesi 1 2023/2024.
Encik Mohd Khairul Anuar bin Haron, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam hadir menyempurnakan penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange