Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSB diwakili 12 orang staf telah mengadakan Program Khidmat Sukarelawan Kembara Konvoi Selatan Thailand untuk menyampaikan sumbangan ke Tahfizul Quran sekitar Pattani pada 22-24 Februari yang lalu.
Selain itu, tim JKM PTSB turut membuat kerja-kerja sukarela dan khidmat sosial di Tahfuzul Quran Ibadah,Wilayah Pattani Thailand serta menjalinkan silatulrahim sesama mudir, pensyarah dan menyantuni pelajar Tahfizul Quran.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange