20-22 Februari 2024 - Tim JKM PTSB meneruskan khidmat sosial di Tahfizul Quran Darul Ibadah, Saiburi.

Antara khidmat yang diberikan ialah kerja-kerja pembersihan tandas, mengecat bangunan, pemasangan lampu solar, pemberian televisyen, takwim solat & memasak untuk anak-anak tahfiz.

Tim JKM kemudiannya ke Madrasah Tahfiz Markaz Naprado, Yala untuk memberi sumbangan wang tunai & papan rehal.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange