29 Februari 2024 - Satu sesi taklimat khas Latihan Industri (LI) telah diadakan di Dewan Kuliah ULPL, PTSB yang mensasarkan pelajar-pelajar kejuruteraan.
Takimat khas tersebut telah disampaikan oleh Dr. Nik Mohd Farid bin Che Zainal Abidin dari Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Industri dan Pembuatan dan beliau telah dibantu oleh 3 lagi pegawai dari UTeM.

Berdasarkan pengalaman beliau dalam industri selama lebih 10 tahun yang menguruskan pelajar praktikal dan temuduga, dan kemudian sebagai ahli akademik yang juga menguruskan LI dan pengambilan, banyak perkongsian bermanfaat telah diberikan kepada pelajar.

Pelajar didedahkan dengan tips temu duga menulis emel dan pemilihan tempat LI. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang program-program yang pelajar boleh ikuti di peringkat Ijazah Sarjana Muda selepas tamat sesi LI nanti dan kepentingan menjalani MUET sebelum tamat pengajian Diploma.

Untuk makluman, kumpulan pelajar ini boleh memohon terus daripada pihak UTeM tanpa melalui UPU untuk kemasukan Mac 2025, sesuai dengan tarikh tamat mereka pada Januari 2025.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata pelajar tentang ruang dan peluang yang ada untuk mereka di samping memberi motivasi untuk lebih berjaya di masa akan datang.

- UPLI PTSB -
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange