Jabatan Perdagangan PTSB telah menganjurkan Kembara Jalinan Mesra Keluarga DAT 4B bersama Pensyarah Akademik (PA) iaitu mendaki Bukit Cherok Tok Kun di Pulau Pinang.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membentuk peribadi yang bersahsiah di samping mendorong mengamalkan gaya hidup sihat dari segi jasmani dan rohani.

Selain itu, program ini dijadikan platform untuk mencungkil bakat baharu pelajar PTSB dan mengembangkan potensi yang dimiliki khususnya dalam aspek kepimpinan. Usaha ini secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah pelajar dan pensyarah sekaligus mencari titik persamaan untuk mewujudkam persekitaran yang harmoni.

#PTSBSihat
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange