Webinar Rahsia Jimat Cukai Tahun Taksiran 2023 anjuran Jabatan Perdangan (JP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan kerjasama Kesatuan DH Politeknik dan Kolej Komuniti telah diadakan dengan jayanya semalam.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan penyediaan pengiraan dan pelaporan pendapatan untuk dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk tahun 2023 kepada pensyarah JP secara khususnya dan warga PTSB serta ahli Kesatuan DH amnya.

Program ini dikendalikan oleh Puan Nur Mirrawani binti Marof dan Cik Shairulniza binti Mohd Noor dari Unit Pendidikan Cukai, Seksyen Khidmat Pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange