Program Lawatan Akademik CQI bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar Semester 5 Program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari di Empangan Timah Tasoh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis.

Program ini bertujuan mendorong pelajar yakin diri dalam mengurus program, memahamkan pelajar dengan pendedahan kaedah praktikal yang diamalkan oleh JPS Perlis sekaligus mempersiapkan mereka menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange