Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2024 @ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berlangsung bermula 1 hingga 3 Mac.

Seramai 4799 orang pengunjung telah hadir ke Karnival Kerjaya anjuran PERKESO Kedah ini.

Para pengunjung karnival hadir memanfaatkan ruang dan peluang untuk bertemu sebanyak 25 majikan daripada pelbagai sektor industri seperti AT&S, Infineon, Ferrotech, TLDM, TUDM, 99Speedmart, dan banyak lagi.

Pada 3 Mac 2024 telah berlangsung satu sesi Walkabout Pengarah PERKESO Negeri Kedah, Puan Rak Boon a/k Tan Rat bersama Pengarah PTSB, Tn. Hj Mohd Ruzi bin Hamzah untuk melawat booth temuduga majikan yang turun padang dalam karnival ini.

Sebanyak 7244 temuduga telah dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada PTSB selaku tuan rumah dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan karnival ini.

#MakingPTSBGreat
#MyFutureJobs2024
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange