Majlis berlangsung pada 06 Mac 2024 di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan dirasmikan oleh YBrs. Encik Faizal Iswardi bin Ismail,Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Hadir mengiringi tetamu jemputan ialah YBrs. Encik Zahrul bin Zakaria, Pengarah Keusahawanan Zon Utara, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan YBrs. Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Penganjur kursus yang hadir ialah YBrs. Puan Siti Nurul Haida binti Ibrahim, Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan dan YBrs. Cik Zuriana binti Mat Adam, Pengarah FAMA Negeri Kedah.

Seramai 200 orang pelajar telah menyertai program Kursus NBME ini.

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk melahirkan usahawan muda melalui NBME, melahirkan fenomena ‘Job Creator’, trend dan gaya pasaran baru melalui kolaborasi antara pelajar dengan usahawan melalui jualan secara atas talian serta meningkatkan jualan, jaringan pasaran produk dan transaksi usahawan.

Pelajar akan memainkan peranan sebagai ejen pemasar menggunakan konsep reseller atau dropship Agrobazaar Online untuk memberi peluang dalam menjana pendapatan dan akhirnya menjadi usahawan pemasar secara digital.

#jualanagromadani
#famadihatirakyat
#cukupdanterjamin
#famakedah
#famaKBB
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange