Sekitar kunjungan YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diiringi YBrs. Encik Zahrul bin Zakaria, Pengarah Keusahawanan Zon Utara, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan YBrs. Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) serta pegawai-pegawai keusahawanan PTSB dan FAMA ke booth-booth Jualan Madani @ PTSB.
Dif jemputan berkesempatan meluangkan masa merasai kemeriahan bersama pengunjung sewaktu jualan ‘Happy Hour’.

Jualan Madani ini sememangnya mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengunjung kerana mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih murah dan berbaloi berbanding di pasaran luar.

#jualanagromadani
#famadihatirakyat
#cukupdanterjamin
#famakedah
#famaKBB
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange