Dua orang pensyarah bersama-sama enam orang pelajar DGU5 Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan lawatan akademik ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 7 Mac 2024.

Kehadiran PTSB ke MPKK disambut baik oleh tiga orang Pegawai Perancang Bandar iaitu Encik Khairil bin Ab Jalil, Encik Mohd Faizul bin Abd Rahman dan Encik Badrolhisham bin Osman.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang fungsi PBT, konsep perancang bandar, amalan perancangan dan lain-lain berkaitan perancangan bandar.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB
#GeomaticsFutureDemand
#GeomaticsThroughTechnology