Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dengan kerjasama Student Skill & Excellence Unit (SSEU) telah menganjurkan program ‘Retreat Healing: Zero to Hero PTSB 2024’ bertempat di Dewan Kuliah Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) pada 7 Mac 2024.

Program ini merupakan inisiatif yang dibawa oleh UPPsi dan SSEU untuk menarik perhatian dan fokus para peserta kepada gaya pembelajaran yang sesuai.
Antara pengisian program adalah aktiviti yang mendorong peserta untuk mengatur strategi pembelajaran yang lebih berkesan terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di politeknik.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#prsptsb
#bijakbelajarptsb
#kolejkomuniti