Sukan persahabatan antara Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Hospital Kulim telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mac 2024 bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat di samping mengeratkan silaturahim sesama kakitangan.
Terdapat tiga sukan yang dipertandingkan iaitu sepak takraw, bola jaring dan bola tampar. Ketiga-tiga pertandingan diadakan di Kompleks Sukan, PTSB.

PTSB tampil memenangi dua daripada tiga pertandingan iaitu sepak takraw dan bola jaring manakala Hospital Kulim berjaya mengalahkan PTSB bagi acara bola tampar.

PTSB juga mengambil ruang dan kesempatan untuk memperkenalkan sukan woodball sebagai satu aktiviti selain daripada pertandingan persahabatan yang dijadualkan.

Tahniah diucapkan kepada PTSB kerana berjaya membawa pulang piala pusingan tahun 2024.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange