Kelab Teater Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang terdiri daripada 32 orang pelajar diiringi dua orang pensyarah telah mengadakan lawatan ke Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Alor Setar, Kedah pada hari Jumaat yang lalu.

Sewaktu lawatan, pelajar berpeluang menyaksikan pementasan mono teater berjudul Aku Badut, Monolog Sanah dan Air Mata Gaza.

Lawatan ini diadakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Kursus MPU24021 Kelab Teater di samping memberikan pendedahan mengenai proses sesuatu pementasan teater kepada pelajar.

Selain itu, pelajar turut dilatih untuk merancang dan melaksanakan program dengan baik serta menyediakan pelaporan selepas program berakhir.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange