Majlis Perhimpunan Bulanan (MPB) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bulan Mac anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2024 yang lalu.
Antara intipati penting yang disentuh oleh Tuan Haji Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB ialah mengenai peratusan pelajar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) PTSB 2024, sasaran pencapaian & KPI PTSB 2024, penghargaan kepada pensyarah-pensyarah yang menerima geran dan pemakluman mengenai program-program yang akan dilaksanakan di PTSB pada tahun ini.

Selain merakamkan penghargaan kepada beberapa orang kakitangan yang bertukar masuk dan keluar jabatan, MPB kali ini juga turut meraikan Encik Mohamad Zaki bin Arifin, Penolong Pegawai Tadbir dan Dr Azlan bin Yahya, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam yang bersara daripada perkhidmatan.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB
#MPBPTSB