Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menganjurkan ‘Mechanical Engineering Department Day (MED) PTSB 2024’ bertempat di Dewan Muadzam Shah, PTSB.
Program ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kebolehan akademik dalam bidang kejuruteraan mekanikal di samping memperkenalkan mereka kepada realiti industri melalui lawatan industri, perbincangan bersama profesional industri dan penyertaan dalam projek industri.

Secara tidak langsung, program ini dapat mendorong pelajar untuk mengamalkan etika profesional, bertanggungjawab dan memahami aspek sosial dan alam sekitar.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#jkm #mekanikal #mekatronik
#mekanikalpembuatan #jkmbest
#medday2024