Pada 8 Mac yang lalu, 25 orang pelajar DPM5A diiringi 5 orang pensyarah dari Jabatan Perdagangan telah mengadakan Lawatan Akademik ke Kraf Hanis Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak. Objektif lawatan akademik adalah untuk meningkatkan pembelajaran melalui pengalaman secara langsung, memberikan pandangan praktikal dan pendedahan kepada aplikasi dunia sebenar.
Pelajar didedahkan dengan kaedah pembuatan labu sayong, mengetahui pemilihan jenis tanah liat yang bersesuaian serta kaedah pengeringan dan pembakaran produk labu sayong, tembikar dan alat yang berkaitan.
Pelajar juga diberi peluang untuk mewarna bekas alat tulis yang diperbuat dari tanah liat mengikut kreativiti masing-masing dan dibawa pulang sebagai buah tangan.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB