Seramai 25 orang pelajar DPM5A bersama-sama 5 orang pensyarah dari Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Program Pengukuhan Berpasukan selama 2 hari di Ulu Village Campsite, Gopeng Perak.
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kerjasama, komunikasi dan sinergi dalam kalangan pelajar sekaligus mengukuhkan hubungan dan meningkatkan prestasi kolektif.
Pengisian program bermula dengan sesi suai kenal diikuti dengan aktiviti riadah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 & 2.

Program diakhiri dengan sesi resolusi dan atucara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta yang disempurnakan oleh Puan Anna Zareena binti Azaman selaku Ketua Program DPM, Jabatan Perdagangan, PTSB.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB