Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen KIK Horizon Baharu bertempat di Bilik Seminar Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PTSB pada 13 Mac 2024.
Bengkel ini merupakan inisiatif yang diambil oleh UPIK PTSB bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK. Dalam masa yang sama, peserta dapat menyediakan projek KIK dengan berkualiti dan menepati PTPA 1/2016 bagi tujuan konvensyen KIK pelbagai peringkat.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah agar peserta KIK dapat menghasilkan Projek KIK Horizon Baharu dengan tepat berdasarkan keperluan PTPA 2016 bagi tujuan pertandingan Konvensyen KIK dan seterusnya dapat menyediakan dokumentasi Projek KIK Horizon Baharu mengikut kriteria dan format yang ditetapkan oleh PTPA 2016.
Bengkel ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang akan mewakili setiap Jabatan Akademik dalam pertandingan KIK peringkat PTSB yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun nanti. Encik Firdaus bin Sahid telah dijemput sebagai
Penceramah di dalam bengkel ini. Encik Firdaus merupakan salah seorang Panel dan berpengalaman luas dalam Pertandingan KIK Horizon Baharu ini.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB
#WeLeadOthersFollow
#UPIKCemerlang_PTSBGemilang