Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Mohd Ruhaifi bin Ali, Pengarah Hospital Kulim.

Wakil Hospital Kulim yang turut hadir ialah Encik Azmi bin Zakaria, Penolong Pegawai Perubatan merangkap Ketua Penyelia Hospital, Ustaz Amrullah bin Mohd Yusof, Penolong Hal Ehwal Islam dan Puan Fatimah Hanum, Ketua Jururawat.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia ada antara Hospital Kulim dengan PTSB di samping membincangkan program-program kolaborasi yang boleh diwujudkan antara satu sama lain.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB