Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah menganjurkan Kursus Penulisan dan Pembentangan Projek Tahun Akhir yang melibatkan pelajar semester 4 dan 5 Program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Kursus ini bertujuan membimbing pelajar untuk menyediakan laporan dan pembentangan projek tahun akhir dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka selain mempamerkan keupayaan dalam merealisasikan idea, kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah ke arah penghasilan projek yang bernilai komersial dan berdaya saing.

Kursus ini dikendalikan oleh panel penasihat akademik JKA iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Anuar bin Kamaruddin daripada Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) yang mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Perkongsian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar sekaligus menyumbang kepada prestasi pencapaian yang cemerlang.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB