Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Sungai Petani telah mengadakan sesi panduan pengemaskinian maklumat peribadi pelajar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selama tiga hari bertempat di Makmal Latihan Staf, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Tujuannya adalah untuk memberikan panduan, membantu dan memudahkan para pelajar mengemakini maklumat peribadi mereka sekaligus dapat meningkatkan prestasi pengisian maklumat dan data IPT dalam sistem PADU.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB
#IPTPADU
#PTSBPADU